KODE IKLAN DFP 1 Terlalu Besar Untuk Didiami, Banglo RM8 Juta Arwah Sharifah Aini Mahu Dijual | Kepo-in Aja Yuk

Terlalu Besar Untuk Didiami, Banglo RM8 Juta Arwah Sharifah Aini Mahu Dijual

KODE IKLAN 200x200
KODE IKLAN 336x280


Sebut sahaja ‘Biduanita Negara’, nama yang muncul di fikiran sudah tentu tidak lain dan tidak bukan semestinya penyanyi legenda, Sharifah Aini. Walaupun telah tiada, namun lagu-lagunya masih menjadi siulan dan didengarkan di radio membuktikan pengaruhnya yang cukup besar.


Setelah 4 tahun pemergiannya, peninggalan arwah iaitu sebuah banglo khabarnya mahu dijual. Mungkin ada sebab atau alasan tersendiri mengapa anak arwah, Aliff Omar mengambil keputusan itu.

Memang hendak dijual








Beberapa keping gambar rumah yang dipercayai milik penyanyi berkenaan dimuatnaik di sebuah website hartanah. Malahan tinjauan Harian Metro ke rumah berkenaan juga mendapati penghuni di rumah berkenaan pun mengakui sendiri hal itu.

Ya… betul. Ini rumah Allahyarham Datuk Sharifah Aini dan memang hendak dijual.

Tambah individu itu, keputusan itu dibuat oleh anak biduanita itu kerana rumah berkenaan terlalu besar untuk diduduki oleh dia sekeluarga.

Tiada sebab lain melainkan ia terlalu besar untuk dihuni, dan ia sudah diserahkan kepada ejen rumah (hartanah) untuk menjualnya.

Menurut Harian Metro lagi, selain masih dihuni, masih tiada papan tanda diagantung pada rumah berkenaan untuk menunjukkan ianya mahu dijual.

Aliff enggan dihubungi



Usaha wartawan untuk bertemu anak arwah bagaimanapun menemui jalan buntu kerana Aliff bertegas hanya akan bekerjasama dengan pihak yang mahu berurusan mengenai hal rumah itu sahaja.

Maaf ya, kalau ditanya soal lain rasanya tuan rumah tidak berminat, tetapi untuk membeli rumah ini mungkin dia boleh memberi kerjasama.

Sebelum ini rumah berkenaan diiklankan di Facebook dan menyatakan ianya milik seorang penyanyi terkenal. Aset itu dikatakan mahu dijual dengan harga RM8 juta.

Sumber: Harian Metro
KODE IKLAN 300x 250
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==
KODE IKLAN DFP 2
KODE IKLAN DFP 2