KODE IKLAN DFP 1 Babi kejar kanak-kanak dan sondol jemaah masjid sehingga cedera | Kepo-in Aja Yuk

Babi kejar kanak-kanak dan sondol jemaah masjid sehingga cedera

KODE IKLAN 200x200
KODE IKLAN 336x280

Seekor babi hutan tiba-tiba muncul di perkarangan masjid dan menyondol seorang jemaah sehingga menyebabkan kecederaan, lapor Berita Harian

Dalam kejadian malam tadi di Masjid Sungai Plong, Sungai Buloh, beberapa kanak-kanak yang berada di kawasan masjid turut dikejar haiwan tersebut sebelum masuk ke dalam masjid dan menyondol seorang jemaah yang sedang menunggu waktu solat Isyak sehingga cedera.

Menurut saksi, mereka terkejut dengan kehadiran haiwan itu dan cuba menghalaunya keluar dari masjid. 

"Selepas lebih 30 minit, haiwan itu berjaya dihalau keluar ke perkarangan masjid. Namun haiwan itu  yang dipercayai cedera di kepalanya mengamuk dan menyondol seorang jemaah. 

"Haiwan itu kemudian ditembak mati oleh seorang jemaah yang memiliki senapang patah," katanya. 





Jemaah masjid telah memaklumkan perkara itu kepada pihak polis dan turut menghubungi pihak Jabatan Mufti Selangor bagi membantu menyelesaikan masalah berkenaan. 

Difahamkan, pihak Jabatan Mufti Selangor akan hadir hari ini untuk membuat penilaian berkaitan masalah tersebut. 

Selepas kejadian itu, jemaah masjid menunaikan solat seperti biasa di ruang sembahyang yang tidak terjejas. 
KODE IKLAN 300x 250
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==
KODE IKLAN DFP 2
KODE IKLAN DFP 2